Sarawak akan membangunkan tiga lagi tempat transit gelandangan (TTG) masing-masing di Kuching, Miri dan Bintulu pada tahun ini.<br /><br />Menteri Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia bagi menambah bilangan pusat sedia ada serta komitmen kerajaan menangani isu gelandangan secara holistik.
